World

RUU Hentikan Penempatan Haram Israel Raih Sokongan Lebih 50 Ahli Kongres AS

WASHINGTON - Rang Undang-Undang (RUU) dikenali sebagai Stop the Settlements Act yang bertujuan membendung peluasan penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki terus mendapat sokongan dalam Kongres Amerika Syarikat (AS).

Ahli Kongres AS, Joaquin Castro, berkata RUU berkenaan kini mempunyai lebih 50 penaja bersama sejak diperkenalkan di Dewan Perwakilan pada 1 Oktober lalu.

Menurut beliau, cadangan itu bertujuan mengenakan sekatan terhadap pihak yang terlibat dalam usaha merampas tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Castro berkata, peluasan penempatan Israel bukan sahaja menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tanah mereka, malah turut menyukarkan usaha mencapai keamanan yang berkekalan di rantau itu.

Perkembangan tersebut berlaku ketika masyarakat antarabangsa terus menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Menurut kumpulan pemantau penempatan Israel, Peace Now, sekurang-kurangnya 148 penempatan Israel terdapat di Tebing Barat, manakala 15 lagi terletak di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Secara keseluruhan, kira-kira 750,000 rakyat Israel menetap di 163 penempatan berkenaan, bersamaan sekitar 10 peratus daripada populasi Yahudi negara itu.

Isu penempatan Israel kekal sebagai antara pertikaian utama dalam konflik Palestin-Israel, selain sering dilihat sebagai penghalang kepada usaha merealisasikan penyelesaian dua negara.


Sumber Info: Astro Awani 
https://www.astroawani.com/berita-dunia/ruu-untuk-sekat-penempatan-haram-israel-di-wilayah-palestin-raih-sokongan 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply