PDRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta melibatkan MyEG dan Zetrix AI. Setakat ini, enam saksi telah dirakam keterangan, manakala dokumen berkaitan sedang diteliti.
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Indonesia mendedahkan senarai syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, supaya tindakan termasuk boikot dan tekanan pengguna dapat diambil.
Indonesia mengenal pasti 198 individu yang disyaki terlibat dalam kes kebakaran hutan dan tanah, selain merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar seluas lebih 33,500 hektar di lapan wilayah.
Belanjawan Negeri Sembilan dijadual dibentangkan pada 27 Nov ini, dengan Persidangan DUN akan dirasmikan sehari sebelumnya. Menteri Besar Datuk Ismail Lasim berkata ketiadaan barisan Exco ketika ini tidak menjejaskan pentadbiran negeri.
Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin Kerajaan Persekutuan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion.
Sebuah media bebas The Grayzone, mendedahkan bahawa BBC Media Action (BBCMA), iaitu sebuah cabang amal kepada British Broadcasting Corporation (BBC), memainkan peranan sebagai unit perang maklumat bagi Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan UK (FCDO), iaitu agensi induk Perkhidmatan Perisikan Rahsia UK (SIS/MI6).
Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin Kerajaan Persekutuan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion.
Pengilang Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia semakin mengurangkan kebergantungan terhadap input dari China dan meningkatkan sumber bekalan tempatan susulan pelaksanaan tarif AS, menurut AMCHAM.
Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) board announced the reappointment of Jeyabalan A/L S.K. Parasingam as Group Audit Committee chairman
Malaysia's public universities are being pulled into business, and it is costing them their core purpose
Pasaran kewangan Malaysia kekal kondusif dengan aliran dua hala yang seimbang, manakala peningkatan hasil bon berpotensi menarik minat pelabur asing di tengah cabaran kadar faedah global dan ketidaktentuan geopolitik.
Recent events in Negeri Sembilan have brought customary rule, land rights and rare-earth development into the same conversation — and raised a governance question that extends well beyond the state's borders
Pelabuhan Malaysia berpotensi menerajui peralihan ke arah operasi lebih hijau menerusi peningkatan produktiviti, pendigitalan, pengurangan pelepasan dan kerjasama rentas sempadan, menurut SEAMAT.
The resignation of CMS independent director and Group Audit Committee Chairman Gee Siew Yoong has raised fresh questions over the governance and oversight of the company’s troubled phosphate project, which has faced repeated delays and accumulated losses of about RM580 million.
FGV Holdings Bhd melantik firma audit bebas bagi menjalankan audit forensik, selaras usaha Felda memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan Kumpulan Felda.
Penangguhan berulang kali loji fosfat Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) di Samalaju kini bukan lagi sekadar isu unjuran pendapatan, sebaliknya menuntut penelitian tadbir urus awam. Dengan kerugian terkumpul mencecah RM580 juta, pertikaian undang-undang bernilai ratusan juta ringgit, serta pendedahan dana institusi awam seperti Tabung Haji, timbul persoalan mendesak sama ada kementerian berkaitan wajar memulakan semakan bebas pelbagai agensi terhadap projek keterjaminan makanan negara ini.
Belanjawan 2027 dijangka memberi tumpuan kepada isu sosioekonomi, khususnya kebajikan golongan M40 dan kumpulan kurang berkemampuan, selain memperkukuh bantuan sedia ada seperti STR dan SARA.
The latest delay in the commercialisation of Cahya Mata Sarawak Berhad’s phosphate plant has renewed attention on the project’s financial position, development timeline and long-term viability. Commercial production of yellow phosphorus is now expected in the fourth quarter of 2026 following further testing and commissioning issues.
Siasatan forensik TH diperluas hingga 2026, dengan pegangan dalam CMSB serta pengurusan aset yang dipindahkan kepada UJSB antara perkara yang turut diteliti.
Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat lima peratus tahun ke tahun kepada 73,615 unit pada Julai 2026, disokong peningkatan pengeluaran serta jualan kenderaan pikap. MAA menjangka momentum jualan berterusan pada Ogos menerusi promosi lebih agresif.
Sarawak memperkukuh ekosistem data berdaulat bagi menyokong pembangunan bandar pintar dan mempercepat pelaksanaan projek, selain menyasarkan pembangunan konstelasi sekurang-kurangnya enam satelit menjelang 2030.
Seramai 189,817 daripada 206,987 pekerja tetap rakyat Malaysia dalam ekosistem enam GLIC dan 37 GLC menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan sehingga Disember 2025, selaras dengan pelaksanaan gaji kehidupan wajar.
Citrawarna 2026 melabuhkan tirai secara gilang-gemilang selepas tiga hari penganjuran di Dataran Merdeka, sekali gus berjaya menghidupkan semula warisan seni budaya tanah air buat segenap generasi tempatan serta mengangkatnya ke mata dunia.
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming mengemukakan surat tuntutan terhadap Maxis susulan dakwaan kebocoran maklumat peribadinya, selain membuat laporan kepada MCMC, polis dan JPDP bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diberitahu RM8 juta dipindahkan daripada akaun FashionValet Sdn Bhd ke akaun 30 Maple Sdn Bhd menerusi dua transaksi dalam talian pada 21 Ogos 2018, menurut saksi pendakwaan pertama, Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank, Azizan Hassan.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan telah memeriksa 266 warga asing dari 40 negara di Forest City, Johor susulan isu Network School, dengan semakan awal mendapati kesemua mereka memiliki dokumen imigresen yang sah, namun siasatan lanjut masih diteruskan.
FELCRA Berhad mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 berjumlah RM126.9 juta yang akan memanfaatkan lebih 72,000 peserta di seluruh negara. Agihan itu meningkat 7.6 peratus berbanding tahun lalu, didorong oleh peningkatan hasil pengeluaran dan pengurangan kos operasi.
Mahkamah Sesyen diberitahu kebocoran laporan prestasi operasi dan kewangan Petronas boleh menjejaskan kedudukan syarikat dalam rundingan dengan Petros serta memberi kelebihan kepada pihak pesaing.
Ringgit menyusut 2.1 peratus berbanding dolar AS setakat 22 Jun lalu susulan tekanan luaran termasuk jangkaan kadar faedah AS yang kekal tinggi dan ketegangan di Asia Barat. Namun, kerajaan menegaskan mata wang tempatan terus disokong oleh asas ekonomi negara yang kukuh.
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 hingga 10 Jun susulan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa. Namun, Kementerian Kewangan menegaskan pasaran petroleum global masih berdepan risiko ketidaktentuan akibat konflik berterusan di Asia Barat.
Kerajaan meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar bagi membantu pekebun kecil, pengusaha dan golongan rentan susulan tekanan kos sara hidup serta ketidaktentuan ekonomi global. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI.
Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) menasihati orang ramai supaya sentiasa menyemak status penerbangan dan mengikuti perkembangan terkini syarikat penerbangan sepanjang musim cuti persekolahan susulan situasi global yang berpotensi menjejaskan operasi serta jadual penerbangan. Penumpang juga diingatkan mengenai hak mereka di bawah MACPC sekiranya berlaku kelewatan, pembatalan atau isu berkaitan bagasi.
Musk tidak menerima gaji tetap sebagai CEO Tesla. Sebaliknya, pakej ganjaran USD1 trilion hanya akan direalisasikan jika beliau mencapai beberapa sasaran prestasi utama dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Projek Whoosh berada dalam rangka besar Inisiatif Jalur dan Jalan (Belt and Road Initiative, BRI) yang digerakkan oleh Beijing sejak 2013. Namun, di sebalik kehebatan teknologi dan imej moden, projek ini meninggalkan beban hutang yang besar.
Bagi China, Singapura bukan sekadar rakan dagang, ia adalah platform strategik untuk memperkukuh pengaruhnya di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama, Singapura bijak memanfaatkan peluang ini untuk mengekalkan peranannya sebagai pusat ekonomi global, meskipun dunia sedang berdepan dengan tekanan perdagangan oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Pada 10 Oktober 2025, Presiden AS, Donald Trump, sekali lagi mengejutkan pasaran dunia apabila mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif 100% terhadap semua barangan eksport dari China ke negaranya, langkah paling agresif sejak perang perdagangan 2018.
Menurut laporan firma data kekayaan Altrata, golongan super kaya iaitu mereka yang memiliki sekurang-kurangnya USD30 juta (RM141 juta) kini membentuk hanya 1% daripada populasi jutawan global. Tetapi, mereka menguasai hampir sepertiga (32%) kekayaan milik golongan terkaya.