Economy

Lebih Kaya Dari Kaya: 1% Yang Menguasai Segalanya

Kelompok 1% yang paling kaya di dunia telah mengumpulkan pendapatan luar biasa sebanyak USD33.9 trilion (RM143 trilion).

Dunia menyaksikan fenomena kekayaan yang tertumpu kepada golongan elit teratas ini menjelang pertengahan 2025. Menurut laporan firma data kekayaan Altrata, golongan super kaya iaitu mereka yang memiliki sekurang-kurangnya USD30 juta (RM141 juta) kini membentuk hanya 1% daripada populasi jutawan global. Tetapi mereka menguasai hampir sepertiga (32%) kekayaan milik golongan terkaya.

Golongan elit ini termasuk nama-nama yang selalu kita dengari seperti Elon Musk (Tesla & SpaceX), Bernard Arnault (Louis Vuitton Moët Hennessy/ LVMH), Jeff Bezos (Amazon), dan Mark Zuckerberg (Meta/Facebook). Mereka terus menambah kekayaan, sekali gus melebarkan jurang bukan sahaja dengan populasi biasa, tetapi juga dengan golongan kaya lain.

Kuasa Ekonomi Golongan Ultra-Kaya:

Jumlah individu yang bernilai ultra-kaya kini mencecah lebih 500,000 orang.

Mereka hanya 1% daripada populasi jutawan dunia, tetapi memiliki lebih sepertiga kekayaan.

Amerika Utara mendominasi dengan 41% daripada populasi ultra-kaya, yang bernilai sekitar USD24 trilion.

New York adalah bandar paling ramai bilionair, diikuti Hong Kong dan Los Angeles.

Malah, 7 daripada 10 bandar yang menempatkan bilionair paling ramai terletak di Amerika Syarikat, menjadikan negara itu pusat tumpuan kekayaan dunia.

Ekonomi Dua Dunia:

Fenomena ini mencerminkan realiti ekonomi “berbentuk huruf K iaitu satu garisan naik, satu garisan lagi turun”, di mana yang kaya semakin kaya, manakala kelas pertengahan dan bawahan terpaksa berjuang menampung hidup.

Menurut Moody’s, hanya 10% golongan berpendapatan tertinggi yang menjadi penyumbang separuh perbelanjaan pengguna, sedangkan majoriti yang lain semakin terbeban dengan kos sara hidup. Syarikat korporat mula mengeksploitasi fenomena ini seperti menawarkan keahlian kad kredit premium bernilai ribuan dolar setahun, dan syarikat penerbangan memberi layanan istimewa kepada pelancong kaya.

Industri Mewah Bergantung Pada Mereka:

Dalam sektor barangan mewah, laporan Altrata menunjukkan bahawa golongan ultra kaya sahaja telah membelanjakan lebih USD290 bilion pada 2024, bersamaan 1% KDNK A.S.

Jenama mewah seperti Louis Vuitton, Rolex, dan Ferrari kini semakin bergantung kepada pembelian daripada golongan elit ini, kerana pengguna kelas sederhana semakin mengurangkan perbelanjaan dalam suasana ekonomi ketika ini.

Lebih Kaya Dari Kaya:

Golongan super kaya juga mendapat manfaat daripada ‘wealth effect’ iaitu apabila harga saham dan hartanah naik, kekayaan mereka meningkat sama dan dapat berbelanja besar. Secara keseluruhan, mereka kini menguasai USD30 trilion aset pelaburan, bersamaan 10% daripada jumlah aset pelaburan global.

Walaupun dunia mempunyai terlalu ramai individu yang boleh digelar jutawan, hanya 1% teratas benar-benar mengawal kekayaan dunia. Mereka inilah wajah sebenar “ekonomi dua darjat”, dan nama sebilangan kecil individu iaitu seperti Elon Musk, Warren Buffett, Jeff Bezos, Mark Zuckerberg, dan Bernard Arnault memiliki lebih banyak kekayaan berbanding ratusan juta orang digabungkan.

 Oleh: Norain Yusoff

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply