World

Krisis Kesihatan Di Gaza Semakin Kritikal

New York :  Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap semakin kritikal akibat kekurangan bekalan penting, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (Bernama - WAFA).

Dalam taklimat harian yang dikeluarkan pada Khamis, OCHA memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan 22 serangan terhadap kemudahan dan perkhidmatan kesihatan di Gaza, yang mengakibatkan kematian serta menjejaskan pengangkutan perubatan dan fasiliti kesihatan.

Menurut OCHA, rakan kemanusiaan turut melaporkan cabaran berterusan dalam mendapatkan akses kepada bekalan air, dengan tiga daripada empat keluarga kini bergantung kepada air yang dihantar menggunakan trak.

Ketika ini, pertubuhan bantuan mengagihkan sekitar 24,000 meter padu air setiap hari melalui kira-kira 2,000 pusat pengagihan.

Namun, OCHA memberi amaran bahawa operasi penghantaran air itu sangat bergantung kepada penjana dan jentera, yang berdepan risiko kerosakan berikutan kekurangan bahan penyelenggaraan serta pembaikan.

Sementara itu, WHO memaklumkan bahawa dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, lebih satu pertiga permohonan permit pesakit untuk mendapatkan rawatan perubatan di Baitulmuqaddis Timur sama ada ditolak atau ditangguhkan.

Menurut pertubuhan itu, kadar kelulusan permit berkenaan jauh lebih rendah berbanding sebelum perang tercetus pada Oktober 2023, ketika lebih dua pertiga permohonan seumpama itu diluluskan.

 

Sumber: BERNAMA - WAFA

https://bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2560230

https://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-beri-amaran-sistem-kesihatan-gaza-semakin-kritikal 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply