Hari ini genap dua tahun sejak 7 Oktober 2023, tarikh yang menggoncang dunia dan membuka mata ramai terhadap penderitaan sebenar rakyat Palestin. Segala yang berlaku sebelum 7 Oktober menjelaskan mengapa 7 Oktober berlaku, dan segala yang berlaku selepasnya juga membuktikan wajah sebenar rejim zionis Israel.
Israel dan penyokongnya tidak mahu dunia melihat apa yang berlaku sebelum 7 Oktober, dan zionis hanya percayai bahawa sejarah bermula dengan sekumpulan musuh yang secara tiba-tiba menyerang orang Yahudi. Penyokong para pejuang Gaza ini terus dilabel sebagai ‘anti-semit’. Naratif dibina bahawa Israel yang diserang terpaksa bertindak balas dengan kekuatan ketenteraan untuk menghapuskan kumpulan musuh. Hakikatnya:
· Tanah Gaza yang diratakan dan dihanguskan melalui serangan udara dan darat tanpa henti.
· Hospital-hospital dibom, sistem kesihatan yang dihapus secara sistematik.
· Dan kini, rakyat Palestin termasuk bayi mati kebuluran, hasil sekatan makanan dan ubat-ubatan yang disengajakan.
Sebelum 7 Oktober 2023: Penindasan Tanpa Henti
Lihatlah kembali sebelum 7 Oktober 2023, dekad-dekad yang dipenuhi pembunuhan, sekatan ekonomi, perampasan tanah, penghinaan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Menurut data B’Tselem dan Amnesty International, antara tahun 2008 hingga 2023, lebih 6,400 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel, termasuk lebih 1,400 kanak-kanak.
Gaza pula kekal di bawah kepungan darat, laut dan udara sejak 2007, menjadikannya kawasan paling padat dan paling miskin di dunia.
Selama 16 tahun sebelum 7 Oktober 2023, Gaza hidup di bawah sekatan darat, laut dan udara oleh Israel.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekatan ini menyebabkan:
Bahkan pertubuhan hak asasi manusia PBB, sejak bertahun lalu, menggambarkan Gaza sebagai “penjara terbuka terbesar di dunia” di mana lebih dua juta manusia hidup dalam kegelapan, dengan air tercemar, ubat-ubatan terhad, dan peluang hidup yang hampir mustahil.
Dalam istilah undang-undang antarabangsa, inilah definisi tepat bagi “collective punishment”, atau hukuman kolektif terhadap populasi awam yang dilarang sama sekali di bawah Konvensyen Geneva 1949.
IOF telah membunuh lebih 250 rakyat Palestin pada tahun 2022 sahaja, termasuk lebih 40 kanak-kanak, dan ini adalah angka tertinggi dalam tempoh dua dekad (sumber: Defense for Children International – Palestine).
Selepas 7 Oktober: Wajah Sebenar Sebuah Rejim
Selepas 7 Oktober 2023, dunia akhirnya melihat dengan jelas betapa kejamnya sistem penjajahan Israel terhadap Palestin. Dengan alasan “memerangi Hamas”, tentera Israel melancarkan serangan udara dan darat yang menghapuskan seluruh bandar, sekolah, hospital dan tempat ibadah.
Menurut UN OCHA, dalam tempoh dua tahun ini, lebih 41,000 rakyat Palestin terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza pula, lebih lebih 60,000 terbunuh dalam tempoh 21 bulan.
Lebih 70% infrastruktur Gaza musnah, dan 1.8 juta orang kini menjadi pelarian di tanah sendiri.
Menurut UNICEF, setiap 10 minit seorang kanak-kanak terbunuh atau cedera di Gaza. Hampir 300 kanak-kanak dilaporkan mati akibat kebuluran.
WHO pula melaporkan bahawa sistem kesihatan Gaza kini “tidak lagi wujud”.
Lebih 80% hospital tidak berfungsi, doktor terpaksa melakukan pembedahan tanpa bius, menggunakan telefon bimbit sebagai lampu. Kanak-kanak dirawat di atas lantai yang sejuk dan keras.
Namun lebih keji ialah serangan berleluasa dengan mempengaruhi media-media antarabangsa untuk menyembunyikan tentang kebenaran. Selain itu, lebih 220 orang wartawan dan petugas media di Gaza dibunuh termasuklah dalam serangan secara terus menggunakan dron.
Israel dan sekutu medianya mahu dunia melupakan konteks sebenar, melupakan sejarah.
Mereka mahu masyarakat antarabangsa percaya bahawa sejarah bermula dan berakhir pada 7 Oktober, seolah-olah sekumpulan “pengganas” menyerang tanpa sebab.
Banyak laporan menyebut bahawa tentera Israel melaksanakan protokol “Hannibal Directive” yang mengakibatkan banyak kematian rakyatnya sendiri. Pemimpin Israel lebih rela jika rakyatnya terus dibunuh daripada dijadikan tebusan.
Laporan lain turut mendedahkan aktiviti perdagangan saham luar biasa beberapa hari sebelum 7 Oktober, menimbulkan teori bahawa pihak tertentu di Israel sudah mengetahui serangan bakal berlaku, tetapi membiarkannya sebagai alasan untuk melancarkan kempen genosid yang kini sedang berlaku.
“Mereka mahu kita menutup mata terhadap 75 tahun penjajahan, dan hanya melihat satu hari yang sesuai dengan naratif mereka,” kata seorang pemerhati politik dari London School of Economics.
Hakikatnya, dunia semakin celik. Semua institusi hak asasi manusia utama, dari Human Rights Watch hingga Amnesty International, telah mengesahkan bahawa tindakan Israel di Gaza memenuhi definisi genosid di bawah undang-undang antarabangsa.
Tiada satu pun institusi kemanusiaan bebas yang menyatakan sebaliknya.
Bahkan sebelum 7 Oktober, pakar-pakar hak asasi manusia telah menyamakan Gaza dengan “kem tahanan terbuka”, tempat manusia hidup tanpa hak, tanpa harapan, dan tanpa masa depan.
Namun penyokong Israel yang layak dianggap makhluk yang tiada akal dan tiada sifat sebagai manusia mahu dunia melupakan semua sejarah yang berlaku.
Mereka mahu kita hanya melihat bahagian cerita yang menjadikan Israel kelihatan sebagai mangsa, sedangkan angka kematian, imej kehancuran, dan keperitan mangsa sehingga hari ini menunjukkan siapa sebenarnya penjajah dan pengganas.
Dunia Semakin Berubah
Dua tahun lalu, banyak negara memilih untuk berdiam diri, takut pada tekanan diplomatik, takut kehilangan hubungan perdagangan.
Namun kini, naratif semakin goyah.
Lebih 150 negara di PBB menyokong gencatan senjata kekal.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah memulakan siasatan rasmi terhadap jenayah perang Israel.
Puluhan negara memboikot syarikat yang terlibat dalam projek penempatan haram.
Di jalanan pula, jutaan rakyat di seluruh dunia dari London hingga Jakarta dan Kuala Lumpur turun berdemo menuntut keadilan untuk Gaza.
Kapal-kapal terus berlayar melalui Lautan Mediterranean untuk memecahkan sekatan haram Israel.
Bagi kita yang digelar manusia, isu Palestin kini bukan sekadar isu politik dan agama, tetapi isu moral terbesar zaman ini. Jika dunia berdiam diri dengan zionis, anak cucu kita akan terpaksa berhadapan dengan kekejaman.
Palestin Adalah Tanggungjawab Bersama
“Kita tidak boleh lagi berdiri di tepi sambil memerhati. Dua tahun genosid ini sudah cukup membuktikan bahawa diam itu bersubahat,” tegas seorang penganalisis dasar luar Malaysia.
Dunia tidak boleh lagi menutup mata terhadap genosid yang disiarkan secara langsung saban hari, kita mesti bangkit menuntut akauntabiliti sebenar terhadap rejim yang selama ini bersembunyi di sebalik istilah “self-defence”.
Palestin selama ini bukan sekadar “wilayah bergolak” tetapi medan ujian senjata sebenar bagi industri ketenteraan Israel dan sekutu kuatnya di barat. Amnesty International pernah mendedahkan bahawa banyak sistem persenjataan baru Israel dilabel sebagai “battle-tested in Gaza” iaitu diuji atas tubuh rakyat Palestin sendiri.
Dua tahun selepas 7 Oktober, semakin ramai yang memahami bahawa tarikh itu bukanlah permulaan tetapi ia adalah kemuncak penindasan yang mengakibatkan kebangkitan perjuangan menentang rejim zionis Israel. Kebohongan dan kepalsuan yang selama ini menutup wajah sebenar penjajah kini semakin retak, dan dari bawah runtuhan Gaza, suara kebenaran terus hidup, menuntut dunia untuk menjadi pembela dan bertindak untuk kemerdekaan Palestin.
Oleh: Norain Yusoff.
Comments
Leave a Reply