Geopolitic

BN Sah Bertanding Solo Dalam PRN Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan gabungan itu akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan datang.

Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata keputusan tersebut dibuat susulan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang telah mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

"Di Negeri Sembilan, pasti (BN) bergerak solo kerana Pakatan Harapan telah mengumumkan mereka akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ertinya, kita tidak ada pilihan melainkan terpaksa bertanding secara solo," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026, pada Selasa.

Terdahulu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa gabungan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu telah memuktamadkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti komponen dalam PRN berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Sumber Gambar: Facebook Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

https://www.astroawani.com/berita-politik/bn-sah-bergerak-solo-dalam-prn-negeri-sembilan-ahmad-zahid 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
1
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply