Economy

Pinjaman FELDA Dijamin Kerajaan Berbaki RM5.88 Bilion - MOF

KUALA LUMPUR - Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin Kerajaan Persekutuan kini berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira pembayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat memaklumkan kerajaan sebelum ini meluluskan jaminan berjumlah RM9.9 bilion kepada FELDA bagi membolehkan agensi itu mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan serta pasaran modal.

Pembiayaan berkenaan digunakan untuk membiayai projek dan pelaburan FELDA, selain pelaksanaan Pelan Pemulihan FELDA.

Daripada jumlah jaminan yang diluluskan itu, FELDA telah mendapatkan pembiayaan yang dijamin kerajaan sebanyak RM8.92 bilion, manakala baki sukuk berjaminan kerajaan yang masih belum diterbitkan berjumlah RM980 juta.

“Daripada kelulusan jaminan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM9.9 bilion, FELDA telah membuat pembiayaan yang dijamin Kerajaan Persekutuan sebanyak RM8.92 bilion, manakala baki sukuk berjaminan kerajaan yang masih belum diterbitkan adalah sebanyak RM980 juta,” menurut kementerian itu.

MOF menjelaskan perkara berkenaan dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai isu ketirisan dana awam serta status pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan.

Dalam pada itu, kerajaan turut bersetuju menyediakan geran tahunan berjumlah RM990 juta selama 10 tahun bagi membantu FELDA melaksanakan pembayaran prinsipal sukuk berkenaan.


Sumber Info: Bernama
https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2616845/ 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply