World

Elon Musk Cipta Sejarah Sebagai Trilionair Pertama Dunia

NEW YORK: Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk mencatat sejarah sebagai individu pertama di dunia yang mencapai status trilionair selepas nilai kekayaan peribadinya dianggarkan melepasi AS$1.1 trilion (RM4.46 trilion).

Pencapaian itu disokong oleh lonjakan nilai pegangan sahamnya dalam SpaceX susulan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat berkenaan yang berjaya mengumpul AS$75 bilion, sekali gus menjadi IPO terbesar dalam sejarah.

SpaceX yang disenaraikan di Nasdaq di bawah simbol SPCX kini memiliki nilai pasaran sekitar AS$1.77 trilion, menjadikannya antara syarikat paling bernilai di dunia.

Sebahagian besar kekayaan Musk datang daripada pegangan ekuitinya dalam SpaceX yang dianggarkan bernilai lebih AS$800 bilion, selain kepentingannya dalam Tesla dan beberapa syarikat teknologi lain.

Penganalisis melihat keyakinan pelabur terhadap visi jangka panjang Musk dalam bidang penerokaan angkasa, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi satelit sebagai antara faktor utama yang mendorong peningkatan nilai syarikat itu.

Dengan pencapaian terbaharu itu, Musk kini berada jauh di hadapan senarai individu terkaya dunia, sekali gus mencipta satu lagi detik bersejarah dalam dunia korporat dan teknologi global.

Sumber : Awani 
Sumber Gambar: BBC

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/elon-musk-cipta-sejarah-jadi-trilionwan-pertama-dunia 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply