Education

Karnival Kokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan

23 Mei 2026 – Majlis penutupan rasmi bagi 'Karnival Kokurikulum Pendidikan Khas' peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur. Acara ini merupakan sebahagian daripada platform pendidikan inklusif yang direka untuk memperkukuh aktiviti luar bilik darjah dalam bidang sukan dan seni. Matlamatnya adalah untuk memupuk bakat, membina keyakinan diri dan mengembangkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar Berkeperluan Khas.

Selepas beberapa bulan komitmen latihan daripada setiap peringkat peserta, pemenang bagi tahun ini telah dinobatkan. Karnival yang merangkumi pertandingan Catur, Badminton, Cup Stacking dan melukis ini disempurnakan dengan pertandingan tarian tradisional. APHD telah menjadi penaja di peringkat daerah Karnival Kokurikulum pada bulan Mei lepas.

Dengan puluhan pasukan bertanding dalam pelbagai kategori, pertandingan tarian diwakili oleh 16 pasukan, masing-masing mewakili setiap negeri dan wilayah persekutuan.

Dengan ketegangan yang semakin meningkat dan semangat yang membara, pertandingan akhir telah diadakan di KL Gateway Mall. Menjadi pertaruhan adalah kebangaan setiap negeri serta beratus-ratus jam latihan dan komitmen daripada para pelajar, ibu bapa, guru dan jurulatih. Setinggi-tinggi penghargaan buat pasukan-pasukan dari seluruh negara yang berhempas-pulas berlatih bagi kejohanan ini sehingga sampai ke peringkat kejohanan ini. Berbusana kostum tarian tradisional, pertandingan ini penuh dengan gaya dan gerak tari yang mengujakan sambil disorakkan oleh orang ramai. Semangat dan keghairahan pelajar-pelajar ini jelas terpancar apabila mereka memberikan persembahan terbaik di atas pentas.

Dengan sokongan penuh daripada jurulatih dan guru, para pelajar mengakhiri persembahan mereka tanpa mengetahui siapa pemenangnya sehinggalah keesokan harinya. Apabila keputusan diumumkan, suasana penuh debaran dapat dirasai. Majlis penyampaian anugerah diadakan di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur, dan dirasmikan oleh Dr. Mohd Anuar Abdullah selaku Pengarah Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

Tahniah kepada semua pemenang bagi semua kategori sukan catur, badminton, lukisan dan cupstacking. Bagi kategori tarian rampaian, tempat kelima jatuh kepada Negeri Sembilan, tempat keempat kepada Perak, tempat ketiga kepada Wilayah Persekutuan, tempat kedua kepada Johor, manakala tempat pertama dimenangi oleh Selangor. 

Semoga acara ini dan seumpamanya akan diteruskan pada masa hadapan untuk terus mengetengahkan keupayaan dan bakat di bawah program pendidikan khas, serta menyemai kesedaran yang lebih mendalam mengenai program-program pendidikan khas di bawah Kementerian Pendidikan. Acara sebegini mungkin kelihatan kecil bagi kebanyakan rakyat Malaysia, namun ia membawa makna yang amat besar buat para pelajar yang turut serta dan ibu bapa yang terlibat. Seiring dengan kemajuan Malaysia pada dekad ini, sebaiknya lebih banyak acara seumpama ini melibatkan pelajar berkeperluan khas dapat diadakan, dengan harapan mereka dapat membawa kemahiran ini ke peringkat antarabangsa serta meningkatkan pembangunan diri mereka.

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
1
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply