World

Pesawat kargo Boeing 737 hilang di perairan Karachi, Pakistan lancar operasi SAR

HYDERABAD: Pakistan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara besar-besaran selepas sebuah pesawat kargo Boeing 737 yang membawa lima anak kapal dilaporkan hilang di perairan Karachi pada malam Selasa.

Menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA), pesawat milik K2 Airways yang berpangkalan di Karachi itu terputus hubungan dengan pengawal trafik udara ketika berada kira-kira 155 batu nautika (287 kilometer) di barat bandar pelabuhan berkenaan.

Pesawat berkenaan sedang dalam penerbangan dari Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), menuju ke Karachi.

PAA memaklumkan, pada jam 9.18 malam waktu tempatan, juruterbang memaklumkan berlaku masalah pada sistem navigasi sebelum pengawal trafik udara Karachi segera memberikan bantuan dan panduan.

Namun, kira-kira tiga minit kemudian, pesawat itu dikesan menjunam secara mendadak sebelum hilang sepenuhnya daripada radar di ruang udara Laut Arab.

Susulan kejadian itu, PAA mengesahkan operasi SAR di laut dilancarkan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengesan lokasi pesawat yang hilang.

Media tempatan melaporkan operasi pencarian turut membabitkan frigat Tentera Laut Pakistan, PNS Zulfiqar, serta pesawat Saab milik Tentera Udara Pakistan, selain beberapa aset maritim dan udara lain.

Dalam pada itu, kapal dagang Lahore milik Pakistan National Shipping Corporation turut digerakkan bagi memperkukuh usaha pencarian pesawat berkenaan.

Sumber: Bernama 

Sumber Gambar: Malaysia Tribune

https://www.bernama.com/en/world/news.php?id=2578153 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
1
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply