Geopolitic

SPRM Terima Tiga Maklumat Dakwaan Rasuah Sempena PRN Johor

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tiga maklumat berkaitan dakwaan rasuah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat 8 Julai, termasuk satu laporan yang dikemukakan oleh seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Batu Pahat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abdul Halim Aman berkata, semua maklumat yang diterima kini dalam tindakan siasatan dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang unsur rasuah atau salah guna kuasa, tanpa mengira jawatan, latar belakang atau parti politik individu yang terlibat.

"Setakat ini, kita telah menerima tiga maklumat dan kesemuanya sedang disiasat. SPRM tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, tanpa mengira latar belakang, jawatan mahupun parti politik," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, bagi memperkukuh pemantauan sepanjang tempoh PRN Johor, SPRM telah mengaktifkan lima bilik gerakan di Segamat, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Menurutnya, bilik gerakan itu diwujudkan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat atau membuat aduan berkaitan sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sepanjang proses pilihan raya.

Sumber Berita: Astro Awani 

Sumber Gambar: NSTP 

https://www.astroawani.com/berita-politik/sprm-terima-tiga-maklumat-rasuah-berkaitan-prn-johor 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply