Dalam sebuah Sidang Media yang dilakukan pada hari ini di Washington, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau menangguhkan serangan ketenteraan baharu terhadap Iran selepas menerima permintaan daripada pemimpin Qatar, Arab Saudi dan UAE, ketika rundingan serius masih berlangsung.
Menerusi kenyataan di Truth Social, Trump menegaskan bahawa Amerika Syarikat tetap berpegang kepada pendirian bahawa Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear, namun memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan boleh dilancarkan pada bila-bila masa jika rundingan gagal.
Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran meningkat sejak serangan udara besar-besaran oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Februari lalu, yang dibalas Tehran dengan serangan dron dan peluru berpandu ke atas sasaran Israel serta kepentingan Amerika Syarikat di rantau Teluk.
Walaupun gencatan senjata pada April sebahagian besarnya dipatuhi, situasi masih tegang, terutama melibatkan kawalan Iran ke atas Selat Hormuz — laluan penting bagi hampir 20 peratus bekalan minyak dan gas dunia.
Iran juga dilaporkan menuntut penamatan konflik, penarikan sekatan Amerika Syarikat dan jaminan tiada serangan lanjut dilakukan ke atas meraka, manakala Washington mahu operasi nuklear Tehran dihadkan serta simpanan uranium dipindahkan ke Amerika Syarikat.
Dalam masa sama, Trump turut berdepan tekanan politik domestik apabila majoriti rakyat Amerika Syarikat dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan perang terhadap Iran. Kajian New York Times/Siena telah mendapati 64 peratus pengundi berpendapat tindakan berperang dengan Iran adalah satu kesilapan, manakala hanya 37 peratus menyokong prestasi Trump sebagai presiden.
Isu program nuklear Iran terus menjadi pertikaian utama, meskipun Trump kini dilihat terbuka kepada cadangan penangguhan program nuklear Iran selama 20 tahun berbanding tuntutan sebelum ini untuk menghentikannya sepenuhnya.
Adakah penangguhan serangan oleh Donald Trump menandakan peluang baharu untuk perdamaian, atau sekadar memberi ruang sebelum konflik AS-Iran kembali memuncak?
Sumber:
Comments
Leave a Reply