Menurut laporan firma data kekayaan Altrata, golongan super kaya iaitu mereka yang memiliki sekurang-kurangnya USD30 juta (RM141 juta) kini membentuk hanya 1% daripada populasi jutawan global. Tetapi, mereka menguasai hampir sepertiga (32%) kekayaan milik golongan terkaya.