Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Indonesia mendedahkan senarai syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, supaya tindakan termasuk boikot dan tekanan pengguna dapat diambil.
Indonesia mengenal pasti 198 individu yang disyaki terlibat dalam kes kebakaran hutan dan tanah, selain merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar seluas lebih 33,500 hektar di lapan wilayah.
Inventori minyak global kini berada pada tahap sangat rendah dan mungkin mengambil masa sehingga dua tahun untuk dipulihkan, menurut Ketua Aramco Amin Nasser.
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun, hari ini. Allahyarham dikenang atas sumbangannya dalam bidang perubatan, kebajikan masyarakat dan sukan.
Ekonomi global dijangka kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan sekitar tiga peratus, namun masih berdepan risiko inflasi berlarutan, peningkatan kos khidmat hutang serta ketidakseimbangan dalam pembiayaan pelaburan kecerdasan buatan (AI), menurut IMF.
Presiden AS Donald Trump sedang mempertimbangkan tindakan susulan terhadap Iran selepas IRGC mendakwa menyerang dan menghentikan sebuah kapal tangki di Selat Hormuz.
Malaysia menawarkan sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter serta 52 pegawai dan anggota bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan jerebu rentas sempadan.
Lima petugas media Indonesia bersama tiga kru bot dilaporkan terputus hubungan ketika membuat liputan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau di sekitar Pulau Sebesi, Lampung. Operasi pencarian dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan kesemua lapan individu berkenaan.
Nepal menganggarkan kerugian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat minggu lalu mencecah sekurang-kurangnya RM10.36 bilion, dengan kira-kira 20,000 rumah perlu dibina semula di kawasan terjejas.
Presiden Vladimir Putin berkata tahap hutang awam Rusia kekal antara yang terendah di dunia, menjadikan defisit bajet negara itu tidak berada pada tahap kritikal, sambil menegaskan usaha membendung inflasi perlu diteruskan tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi.