Economy

91.7 Peratus Pekerja GLIC, GLC Nikmati Gaji Minimum RM3,100 Sebulan

PUTRAJAYA: Sebanyak 91.7 peratus pekerja tetap rakyat Malaysia dalam ekosistem enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan 37 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan sehingga Disember 2025.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, jumlah itu melibatkan 189,817 daripada keseluruhan 206,987 pekerja, sekali gus mencapai penanda aras gaji kehidupan wajar yang ditetapkan.

Menurut MoF, pencapaian tersebut adalah hasil komitmen bersama enam GLIC yang dibuat pada Mei 2025 bagi memastikan pekerja rakyat Malaysia dalam ekosistem GLIC dan GLC menikmati tahap pendapatan minimum yang lebih baik.

“Ini susulan komitmen dibuat secara bersama oleh kesemua enam GLIC pada Mei 2025,” menurut kenyataan sempena penerbitan laporan kemajuan GEAR-uP MoF.

Berdasarkan laporan berkenaan, program GEAR-uP diwujudkan bagi menyokong golongan yang mempunyai keperluan serta potensi perkembangan terbesar, termasuk pemilik perniagaan mikro, komuniti luar bandar dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Selain memastikan peningkatan taraf hidup pekerja, komitmen terhadap pelaksanaan gaji kehidupan wajar turut diperluaskan kepada seluruh tenaga kerja GLIC dan GLC bagi memastikan manfaatnya dinikmati oleh semua pekerja warganegara Malaysia.

Enam GLIC yang menerajui inisiatif itu pada 1 Mei 2025 turut bertanggungjawab memastikan pelaksanaan gaji kehidupan wajar diperluaskan ke seluruh rangkaian GLC di bawah seliaan masing-masing.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan pekerja serta meningkatkan tahap pendapatan rakyat melalui ekosistem syarikat berkaitan kerajaan.

Sumber Berita: Bernama
https://www.bernamabiz.com/news.php?id=2591614/ 
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/917-peratus-pekerja-tetap-glic-glc-terima-gaji-sekurang-kurangnya-rm3100-setakat-akhir-2025 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply