Geopolitic

IRGC tegaskan serangan di Jordan sasar pangkalan tentera AS, bukan rakyat Jordan

AMMAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran menegaskan operasi ketenteraan yang dilancarkannya di Jordan tidak menyasarkan kerajaan atau rakyat negara itu, sebaliknya bertujuan menyerang kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), lapor Al Jazeera.

Dalam kenyataan yang ditujukan kepada rakyat Jordan pada Selasa, IRGC menegaskan Tehran tidak mempunyai sebarang permusuhan terhadap negara itu dan menyifatkan rakyat Jordan sebagai antara masyarakat yang paling memahami penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

"Kami tiada permusuhan dengan negara anda. Sebaliknya, kami amat menyayangi anda, sebuah bangsa yang mulia," menurut kenyataan itu.

IRGC turut mendakwa rakyat Jordan memahami kesengsaraan penduduk Gaza akibat konflik yang berterusan, selain menyokong gesaan awam di rantau Asia Barat supaya pangkalan tentera AS di wilayah itu ditutup.

Menurut IRGC, pembubaran pangkalan tentera AS di rantau berkenaan mampu membantu melindungi rakyat Palestin serta memulihkan keselamatan serantau.

"Kami mendoakan kejayaan Jordan," menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan beberapa jam selepas IRGC mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap sebuah pangkalan tentera AS di Jordan.

Bagaimanapun, Angkatan Tentera Jordan memaklumkan sistem pertahanan udara negara itu berjaya memintas dan memusnahkan empat peluru berpandu yang menceroboh ruang udara negara berkenaan.

Setakat ini, dakwaan Iran mengenai kejayaan serangan tersebut masih belum dapat disahkan secara bebas.


Sumber Berita: Astro Awani - Al Jazeera 

https://www.astroawani.com/berita-dunia/iran-nafi-sasar-jordan-rayu-rakyat-negara-itu-desak-penutupan-pangkalan 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply