Geopolitic

Kapal Tentera Sepanyol Bakal Menyertai Itali Untuk Melindungi Flotila

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menyatakan bahawa negara itu akan menyertai Itali untuk menghantar kapal frigat (kapal tempur) tentera laut bagi melindungi flotila antarabangsa selepas diserang oleh dron di luar Greece pada awal pagi 24 September 2025. Flotila itu diserang oleh 12 dron zionis Israel di perairan antarabangsa 30 batu nautika (56 km) dari pulau Gavdos di Greece. Menurut pihak Global Sumud Flotilla, terdapat kehadiran dron yang tidak dikenal pasti, selain gangguan komunikasi. Kira-kira 13 letupan kedengaran di atas dan di sekitar beberapa bot flotila, manakala dron menjatuhkan "objek yang tidak dikenal pasti" ke atas sekurang-kurangnya 10 bot. Tiada kecederaan dilaporkan, tetapi beberapa bot telah mengalami kerosakan.

Flotila itu telah diserang beberapa kali sejak belayar dari Sepanyol pada 1 September 2025, termasuk dua serangan ketika berada di perairan Tunisia.

Kenyataan Perdana Menteri Sepanyol dibuat dalam satu sidang akhbar di New York, semasa beliau menghadiri Perhimpunan Agung PBB, bahawa rakyat dari 45 negara berada di atas kapal-kapal yang sedang berlayar ke Gaza. Ini adalah misi maritim terbesar yang digerakkan oleh rakyat seluruh dunia. Kerajaan Sepanyol turut menegaskan bahawa “undang-undang antarabangsa dan hak rakyat kami untuk belayar melalui Laut Mediterranean dalam keadaan selamat perlu dihormati". Sebuah kapal tentera laut dari Pangkalan Cartagena akan digerakkan segera dengan semua sumber yang diperlukan sekiranya perlu untuk membantu flotila dan menjalankan operasi menyelamat.

Walaupun selepas ancaman dan intimidasi dari rejim zionis Israel, para aktivis mengesahkan keazaman mereka untuk meneruskan misi aman “non-violent” ini.

Terkini, Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto, mengumumkan bahawa negara itu akan menghantar kapal tentera laut kedua untuk mengiringi flotila.

Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) sedang merentasi Laut Mediterranean dengan membawa bantuan makanan, ubat-ubatan serta sebagai solidariti dengan penderitaan penduduk Gaza.

Oleh: Norain Yusoff

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply