Technology

Microsoft Batalkan Servis Kepada Israel.

Naib pengerusi dan presiden Microsoft, Brad Smith, menyatakan syarikat itu membatalkan beberapa penyediaan perkhidmatan kepada satu unit dalam tentera zionis Israel kerana terdapat pelanggaran terma. Sistem perisian penyimpanan awan (cloud storage) dan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini dari Microsoft telah digunakan untuk mengintip berjuta-juta rakyat Palestin secara haram. Storan awan juga digunakan untuk membantu dalam operasi serangan udara yang menyebabkan kematian ramai penduduk termasuk di Gaza.

Microsoft telah beroperasi di wilayah Palestin yang dijajah sejak tahun 1991, menjadikan hab terbesarnya di luar Amerika Syarikat adalah di negara haram Israel. Kemudiannya, pelbagai teknologi Microsoft diintegrasikan ke dalam banyak perkhidmatan zionis seperti tentera, polis, penjara, sekolah, dan penempatan haram di seluruh wilayah dijajah.

Pada 15 Ogos 2025, Microsoft mula melakukan siasatan berdasarkan satu laporan artikel yang diterbitkan pada 6 Ogos oleh The Guardian bahawa "beberapa individu telah menegaskan bahawa unit 8200 IOF menggunakan Azure untuk menyimpan fail data panggilan telefon yang diperoleh melalui pengawasan luas atau besar-besaran terhadap orang awam di Gaza dan Tebing Barat, Palestin." Unit 8200 IOF mengumpul komunikasi rakyat awam supaya dapat menangkap dan memeras ugut rakyat Palestin. Sumber menyebut "Apabila penjajah perlu menangkap seseorang dan tidak ada sebab yang cukup, tentera zionis akan mula mereka alasan palsu,”. 

Laporan itu juga mengenal pasti bahawa sebahagian besar data mengenai rakyat Palestin disimpan dalam pelayan (server) Microsoft Azure yang terletak di Belanda dan Ireland.

Langkah itu diambil seminggu selepas suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat pertama kalinya mengisytiharkan pada 16 September 2025 bahawa rejim Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dengan pencerobohannya ke atas Gaza.

Hossam Nasr iaitu salah seorang daripada pekerja Microsoft yang dipecat kerana terlibat dalam protes aktivis No Azure for Apartheid, menyatakan kemenangan seperti ini belum pernah berlaku sebelum ini. Akan tetapi, masih terdapat banyak kontrak besar antara Microsoft dengan tentera zionis Israel. Hanya sebahagian kecil perkhidmatan Microsoft yang dihentikan.

Oleh: Norain Yusoff.

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply