World

Ribut Tropika Bertha Ancam Pantai Teluk AS, Risiko Banjir Kilat

MIAMI: Pusat Hurikan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran cuaca susulan pembentukan Ribut Tropika Bertha di Teluk Mexico pada Isnin, yang dijangka membawa hujan lebat, ombak besar dan risiko banjir kilat di kawasan pesisir Pantai Teluk.

Ribut kedua bagi musim hurikan Atlantik 2026 itu mendorong pihak berkuasa mengeluarkan Pantauan Ribut Tropika (Tropical Storm Watch) bagi kawasan dari Sungai Ochlockonee di Florida hingga ke sempadan tenggara Louisiana.

Sementara itu, Amaran Ribut Tropika (Tropical Storm Warning) dikuatkuasakan bagi kawasan dari sempadan Alabama-Florida hingga ke Muara Sungai Mississippi.

Menurut NHC, Bertha bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan angin maksimum berterusan sekitar 65 kilometer sejam (km/j) dan dijangka terus menguat sebelum mendarat di Pantai Teluk.

Pakar meteorologi turut memberi amaran mengenai risiko luruan ribut yang boleh mengancam nyawa, dengan paras air dijangka meningkat sehingga 1.2 meter di beberapa kawasan pesisir dan muara sungai, khususnya di Mississippi dan Louisiana.

Selain itu, ribut berkenaan dijangka membawa taburan hujan antara lima hingga 10 sentimeter di kawasan dari barat Florida hingga ke tengah Texas, manakala beberapa lokasi terpencil berpotensi menerima sehingga 20 sentimeter hujan yang boleh mencetuskan banjir kilat.

Bagaimanapun, kehadiran debu Sahara di atmosfera serta ricihan angin yang kuat dijangka mengehadkan pengukuhan Bertha dan mengurangkan kemungkinan ia berkembang menjadi hurikan yang lebih kuat.

Sumber Berita: Astro Awani

https://www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-pesisir-teluk-diingatkan-bersiap-sedia-hadapi-ribut-bertha 

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply