Geopolitic

Tentera Lubnan Masuki Dibbine Selepas Israel Berundur

ISTANBUL: Tentera Lubnan mula memasuki bandar Dibbine di selatan negara itu pada Khamis susulan pengunduran tentera Israel dari kawasan berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), unit tentera Lubnan bergerak memasuki bandar yang terletak di daerah Marjayoun itu sejurus selepas tentera Israel berundur dari kawasan terbabit.

Pengerahan pasukan keselamatan itu dilakukan selepas beberapa hari peningkatan kehadiran tentera Israel, selain serangan tembakan meriam dan operasi perobohan yang menjejaskan bandar serta kawasan sekitarnya.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas Lubnan dan Israel bersetuju memperbaharui gencatan senjata yang rapuh antara kedua-dua pihak, selain mewujudkan “zon perintis” yang meletakkan tentera Lubnan sebagai pihak berkuasa tunggal di kawasan tertentu tanpa penglibatan kumpulan bersenjata bukan negara.

Persetujuan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama selepas pusingan keempat rundingan yang dimediasi Amerika Syarikat (AS) di Jabatan Negara AS pada Rabu.

Rundingan tajaan AS itu berlangsung selepas beberapa minggu serangan hampir setiap hari oleh Israel ke atas Lubnan yang mengorbankan lebih 3,500 nyawa sejak 2 Mac lalu, meskipun gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 17 April sebelum dilanjutkan sehingga awal Julai.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

https://www.astroawani.com/berita-dunia/tentera-lubnan-memasuki-bandar-di-selatan-selepas-pengunduran-israel

https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2564528

What's your reaction?

0
AWESOME!
AWESOME!
0
LOVED
LOVED
0
NICE
NICE
0
LOL
LOL
0
FUNNY
FUNNY
0
EW!
EW!
0
OMG!
OMG!
0
FAIL!
FAIL!

Comments

Leave a Reply